Asam Jawa Original

Stok ada sekarang

Disini saya ingin war-warkan produk bermusim hasil tangan orang kampung.

Ia diproses secara tradisional, bersih dan suci.

Ia juga bermusim, bukan selalu ada.



ini buah yang masih putik dan belum masak
V
V



ini asam jawa yang telah diproses dan dibuang biji.
V
V


Asam jawa mempunyai banyak kegunaan terutamanya dalam aspek perubatan tradisional. Nama sainsnya ialah Tamarindus inidica dan nama Inggerisnya ialah tamarind .Nama Inggerisnya adalah berasal daripada nama Arab dan Parsi iaitu tamar yang bermakna kurma India.
Asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika iaitu sebahagian selatan padang pasir sahara. Pokok asam jawa tumbuh paling baik dalam keadaan cuaca yang mengalami musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Ketinggian pokok asam jawa boleh mencapai 26 meter tetapi di negara ini biasanya pokok asam jawa tumbuh rendang dengan ketinggian yang jarang-jarang melebihi 10 meter.
Daun pokok asam jawa adalah malar hujan dan banyak anak daun yang halus. Ia berwarna hijau muda dan menjadi hijau tua apabila matang. Buah asam jawa tergolong dalam jenis kekacang yang bengkok. Isinya pula berketul-ketul dan berwarna perang seperti kayu. Isi buah mudanya berwarna hijau dan bertukar menjadi coklat apabila buahnya masak, kulitnya akan rapuh dan senang diasingkan dari isinya.


Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang.Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.


Berikut adalah pengalaman dan pembacaan Suri yang boleh kita kongsikan bersama.
DEMAM PANAS
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuku air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .


SAKIT PERUT
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.


SAKIT ASMA
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.


BATUK/PERIT TEKAK
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.


LUKA/BISUL
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.


ALERGI/BIDUREN
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.


BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.


Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja.Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
harga RM15.00 sekilo

SiLa MaSukKaN PeSaNaN AnDa Di SiNi

Name:
Email Address:
Contact No.:
Product :
Paste your payment here :
Address :

This online form was provided by Freedback.

Kalau Followers kat sini..dapat diskaun dari saya